Resepi : Mufin Coklat Kukus Simple

Amboiii , tak habis-habis dgan resepi aku kan . Takpa , yg penting resepi yg aku letakkan dalam blog ni sememangnya simple2 belaka . Saya yg rajin bolehlah cuba resepi mufin ni . Resepi mufin ni aku ambik dri sedara aku . Kak Siti namanya . Fisrt time rasa mufin yg Kak Siti ni buat mmg boleh dibuat mimpi . kuhkihkih . Nampakk benar nipunya . Tapi , serius cakap mufin coklat resepi Kak Siti ni mmg sedap . Maklum lah , nama pun mufin kan ? saiznya pun kecik2 , jadi rasa tak puas ja bila masuk mulut . Eh , melalut dahh . OK , baru-baru ni aku buat mufin ni . Lakuuuuuu okay ! Kalau tak laku mmg aku sumbat mufin tu sebijik-sebijik dalam mulut adik aku . Aku tak kejam , cuma aku ni terlebih mithali sebenarnya *hantuk kpala kat dinding*


Resepi Mufin Coklat :

3 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko *aku selalu guna jenama Van Houten*  
1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu besar sebuk soda
(AYAKKAN SEMUA BAHAN DI ATAS)

2 cawan air panas
1 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
2 1/2 cawan gula pasir
4 biji telur

Cara-cara:

Gaulkan semua bahan . Siap . kahkahkah . simple dak ? simple dak ? gaulkan semua bahan sampai tepung tu tak jadi ketul kecik2 . Kalau nak senang , guna penapis besar . kemudian tapiskan adunan tadi . Haruslah jadi halus mulus adunan tadi . 

Bila dah siap , masukkan adunan dalam bekas mufin . Bekas mufin tu aku masukkan dalam bekas lompang . then bekas lompang tu aku susunkan kat periuk kukus . Mcam ni haa aku buat :





Bila dah selesai kukuskan adunan tadi selama 15 minit sahaja . Bila dah masak , silalah ngapppp ^^


Ni hasilnya . sedappp !










Nampak tak betapa gigihnya aku masukkan mufin tu dalam bekas and snap gambar yg mcam ntah apa2 -_- tak fotogenik langsunggggggggg .


kbye , selamat mencuba *conclusiom hambar


No comments:

Post a Comment