Resepi : Mufin Coklat Kukus Simple

Amboiii , tak habis-habis dgan resepi aku kan . Takpa , yg penting resepi yg aku letakkan dalam blog ni sememangnya simple2 belaka . Saya yg rajin bolehlah cuba resepi mufin ni . Resepi mufin ni aku ambik dri sedara aku . Kak Siti namanya . Fisrt time rasa mufin yg Kak Siti ni buat mmg boleh dibuat mimpi . kuhkihkih . Nampakk benar nipunya . Tapi , serius cakap mufin coklat resepi Kak Siti ni mmg sedap . Maklum lah , nama pun mufin kan ? saiznya pun kecik2 , jadi rasa tak puas ja bila masuk mulut . Eh , melalut dahh . OK , baru-baru ni aku buat mufin ni . Lakuuuuuu okay ! Kalau tak laku mmg aku sumbat mufin tu sebijik-sebijik dalam mulut adik aku . Aku tak kejam , cuma aku ni terlebih mithali sebenarnya *hantuk kpala kat dinding*


Resepi Mufin Coklat :

3 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko *aku selalu guna jenama Van Houten*  
1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu besar sebuk soda
(AYAKKAN SEMUA BAHAN DI ATAS)

2 cawan air panas
1 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
2 1/2 cawan gula pasir
4 biji telur

Cara-cara:

Gaulkan semua bahan . Siap . kahkahkah . simple dak ? simple dak ? gaulkan semua bahan sampai tepung tu tak jadi ketul kecik2 . Kalau nak senang , guna penapis besar . kemudian tapiskan adunan tadi . Haruslah jadi halus mulus adunan tadi . 

Bila dah siap , masukkan adunan dalam bekas mufin . Bekas mufin tu aku masukkan dalam bekas lompang . then bekas lompang tu aku susunkan kat periuk kukus . Mcam ni haa aku buat :





Bila dah selesai kukuskan adunan tadi selama 15 minit sahaja . Bila dah masak , silalah ngapppp ^^


Ni hasilnya . sedappp !










Nampak tak betapa gigihnya aku masukkan mufin tu dalam bekas and snap gambar yg mcam ntah apa2 -_- tak fotogenik langsunggggggggg .


kbye , selamat mencuba *conclusiom hambar


Pengalaman Ujian Bertulis&Kecegasan Fizikal di IPG

 Assalamualaikum . Lama sungguh tak up entry kan kan kan ? Ewahh , mcam ada orang baca . Takpa , biaq pi aku nak syok sendiri pun . Ujian ni sebenarnya dah lama dah . Dalam bulan April ni jugakk la . Aku pun tak sangka yg aku dapat tawaran IPG ni sbbnya syarat nak mintak IPG ni mestilah 7A ke atas *pitam* . Aku tak sepandai tu . Tapi , alhamdulillah dgan izin Allah ada jugak rezeki aku nak jejak kaki kat IPG . Walaupun hnya utk pi buat ujian , i olss tetap happy okeh *lompatbintang* . Mana tak syokk , IPG kot ! Untuk masuk IPG ni kita kena lalui dua kali rintangan . haaa , tatau nak letak perkataan sesuai . rintangan aku tulis . kahkah ! k , taklawak -_- satu nya ujian bertulis dan kercergasan fizikal . Untuk ujian kercergasan fizikal ni mmg tahun 2014 baru diwujudkan . Amboiiiiiiiii , time aku ja baru nak buat . Keduanya pulak barulah temuduga . Aku baru selesai buat yg pertama . InsyaAllah , kalau ada rezeki bolehlah ke temuduga dan klu lulus temuduga barulah boleh masuk IPG . yeayyyyyyyyy ! *harap*


Ok , meh aku nak ceritakan serba sedikit yeee :) sebenarnya aku buat entry ni adalah utk rujukan adik2 lepasan SPM 2014 atau yg seterusnya . Mudah mudahan dgan entry bangang aku ni sekurang-kurangnya dapatlah bantu adik2 ni kann . Mcam utk batch kmi mmg susah lah sikit sbb ujian kercergasan tu mmg sblum ni tak ada . Gelabahh weyy , dok pikiaq mcam2 .Kalau tak lulus mau tak frust menonggeng dalam bilik seminggu ? gigih laa aku ni call sana sini sbb tatau mcam mana bentuk ujian tu . HAHAHA , bila ingat balik rasa mcam awatlah aku kalut sgat haritu ? ewah , mentang2 dah lepas .what the fishhhhhh . 


Pagi tu kami bertolak dri rumah dalam pkul 6pgi . Ouh , lupa nak bgitau yg kna buat ujian tu kat IPG KAMPUS PERLIS . Alhamdulillah , kami sampai kat sana sebelum pukul 8 . Ujian tu mula pukul 8:30pgi . Tapi pelajar kena ada kat sana 30minit awai supaya senang nak daftar & dan dengar arahan dari pengawas peperiksaan yg bertugas . Dengaq betoi2 okeh !  Jgan bimbang bab ujian ni sbb dia bukannya tanya soalan sejarah ka math ka bahasa inggeris ka punnn . Soalan yg ada semuanya berkisar dgan sahsiah dan berkaitan dgan diri sendiri jaa . Tapi , bila tgok soalan senang . Please jgan ambik mudah sbb kdang2 soalan tu nak perangkap kita jaa . Soalan semuanya ada 195 soalan . Kita kena jawab soalan tu dalam masa 45minit SAHAJA . mesti hampa pikiaq lamaa kan ? sorry to say . Mmg takdan okeh . Aku buat sehabih laju . Tetapp takdan . TAPI , mcam mana takdan pun . tolong tandakan sampai habis sbb kegagalan menjawab soalan menyebabkan kita tersingkir*lapayaqmata* . untuk soalan ada dua bahagian . A dan B . Bhg A ada 135 soalan . Bhg B pulakk ada 60 soalan . Dannn , selamat menjawab dgan stressnya . Kenapa stress ? sbbnya sambil jawab sambil pikiaq takut tak lulusss . Bila tgok soalan senang , ofkos kita jadi takuttt kan ? kita takut soalan senang ni lah yg akan buat kita gagal . atau aku sorang ja yg ada perasaan mcam ni ? hahahaha !



Bila dah selesai , kita akan dibawa ke tempat untuk ujian kecergasan fizikal . Untuk kami , kmi mula2 dibawa ke khemah . Then , check nama sendiri untuk tgok kita kat group mana . Bila dah duduk dalam group masing2 . Akak2 pelajar IPG yg bertugas akan bgi sekeping kertas bernombor 1 hingga 5 . Maksudnya ada 5 check point yg kita kena buat . Semuanya utk uji kita punya kecergasan . Then , korang akan dibawa ke tempat ujian . Untuk kmi , kmi dibawa ke gimnasium . Semua check point dibuat dlam gimnasium tu ja .

Yg pertamanya , kita kena ukur ketinggian dan berat badan kita (BMI) . Walaupun benda ni kacang jaa , kalau BMI kau tak mantap tak gunaa dik . Ok , marilah kita kuruskan badan bersama2 selepas berbulan hnya makan minum tidur . kihkih .

Yg kedua kita kena buat "sit up" . Ada 5 jenis "sit up" yg kita kena buat . Pastikan adik-adik boleh buat semua sbb nanti markah akan dikira . Bab ni mintak maaf , aku dah lupa apa jenis sit up yg kena buat .

ni salah satu contoh sit up yg jena buat . Alahh , senang jaaa *padahal azab gila nak habiskan* :



Yg ketiganya pulak , kita kena lompat dalam masa 10 saat dan dilarang pijak garisan . Kalau pijak nanti markah akan ditolak . Dia akan buat satu petak dan ada garisan bentuk tambah . Kita kena lompat sebanyak mungkin . Okay , aku mengaku bhgian ni lahh aku paling stress sekali . kau ingatt senanggggg ? saiz setiap petak kotak lebih sikit dri kasut ja okeh . berteraboq aku lompat . segala garisan semua aku pijak . kahkahkah !

ni akak nak bgi contoh bayangan kotak tu :




Yg keempat , kita kena berdiri membelakangkan dinding sambik bukakkan sikit kaki . Then , tangan mesti sentuh lantai , kemudian berpaling belakang menyentuh dinding . Ujian ni berjalan selama 1minit dan kita kena ulang 40x*kalau taksalah* . Biaq lebih jgan kurang bilangan okeh .

Yg terakhir , ujian yg last ni aku mmg takpaham sikit . Cuma , yg dapat aku terangankan kat sini . Kita kena lari ulang alik 20 meter sambik dengar bunyi "bip" sampailah hampa takdan nak sampai ke garisan atau mmg hampa dah rasa tak sanggup nak lari lagi mcam aku ! penattt ok . Aku mmg dah tak boleh lagi nak gagahkan diri and terus berenti sambil buat muka tak bersalah . 


Harapnya , dgan entry aku yg kucar kacir ni dapatlah sedikit sebanyak membantu adik2 yg akan buat ujian ni utk tahun depan . InsyaAllah , kalau ada rezeki kita tu takkan kemana . Ingat , ALLAH adalah perancang yg terbaik . Kalau takdapat pun jganlah sedih sgat sbb mungkin bukan kat sini rezeki kita . Tapiii , aku nak jugakkkk . kihkih . Batch 96 , sama2 kita doakan kejayaan kita ^^