Serius wa cakap kat lu , rasa mcam nak ketuk kpala sendiri bilaa aku ajet nak share2 resepi . Sebab aku bukannya pro bab masak2 ni . Tapi , sharing is caring kan ? . gituuuuuu . hewhew ~~
Tapi *sekali lagi* percayalah cakap Kak Ton , resepi yg aku bgi ni sememangnya 100% aku dah buat dan sedappp . Kalau tak sedap , aku pun tak teringin nak share . Okayy , meh lah kita tgok bahan2 yg diperlukan utk buat .
Puding Karamel Mini *Credit to http://fakhruru.blogspot.com/2013/03/resepi-puding-karamel-kukus.html . Saya mintak izin yee . Kalau hampa nak jenguk resepi kat blog dia pun boleyyy sbb lagi senang . Dia siap buat tutorial lagi >.<
Bahan-bahan yg diperlukan:
- 1 Cawan Gula
- 1/2 Cawan Air - utk karamel
- 1 Cawan Air - utk adunan puding *tak nak letak pun tak apa, effectnya nanti kurangkan masa kukus yek*
- 5 Biji Telur
- 1 Tin Susu Cair
- Esen Vanilla
Cara-caranya :
- Tuang gula di dalam kuali/periuk & hanguskan ia dgn menggunakan api yg SEDERHANA
- Bila gula dah bertukar keperang-perangan, baru masukkan 1/2 Cawan Air & kacau laju-laju agar tidak berketul
- Padamkan api
- Tuangkan gula hangus tersebut di dalam bekas yg uolss sediakan mcm Chef guna tue
- Jangan lar tuang semua gula dalam 1 bekas.. Ingat nak buat puding gula hangus ker? (-__-)"
- Pakai jer 1 sudu besar utk 1 bekas
- Dah siap, biarkan sejuk dalam suhu bilik & we'olss ke step seterusnya pula
- Pecahkan 5 biji telur & pukul ala-ala manja jer.. Asalkan telur kuning pecah & sebati
- Kemudian uolss panaskan 1 Tin Susu Cair dgn api yg sederhana
- Masukkan 3 Sudu Besar Gula + 1 Cawan Air ke dalam Susu Cair yg dipanaskan tadi
- Kacau utk melarutkan gula tersebut & padamkan api
- Baru tuangkan Susu Cair yg dipanaskan bersama Gula tadi ke dalam Telur yg uolss pukul manja-manja tue & kacau bagi sebati
- Tapiskan adunan tersebut agar tiada sebarang benda asing
- Barulah tuangkan adunan Susu + Telur + Gula ke dalam bekas gula hangus yg uolss letakkan tadi
- Ikut sukatan uolss lar berapa banyak uolss nak letak.. Ada Chef kisah! Ahakz! =P
- Kukus dalam tempoh 20-30 minit
- Kalau puding uolss masih lagi cair tak pejal-pejal, tambahkan lagi masa kukus sampai lar uolss rasa puas hati sebab weolss masukkan air, so adunan cair, nak tunggu pejal-pejal mmg ambil masa sikit
- Al-maklumlah, adunan tak letak tepung or what so ever.. Hanya bergantung kepada telur sahaja utk menjadi pekat
- Dan hasilnya -->
Percayalah cakap aku , pudingg ni mmg sedapp ! Tambah2 makan bila tgah sejuk2 . Cair ja rasa bila masuk tekak . Utk dia punya acuan pulak , lagi elok guna bekas dadih yg pendek punya . Aku guna yg panjang sbbnya rumah aku takdak bekas dadih yg pendek tu . sedihhh .
SELAMAT MENCUBA !